5 FASA DALAM PERKAHWINAN DARIPADA YANG PALING SUKAR SEHINGGA YANG PALING MEMBAHAGIAKAN

Mengarang kejap sebelum tidur ni. Mengabdikan sedikit coretan di hari ulangtahun perkahwinan kekdahnya.

Kalau 5 tahun lepas, time ni mata dah takleh lelap sebab duk senyum sampai telinga terkenang akad nikah petang tadi sambil dalam hati dup dap dup dap membayangkan hari esok. Tak keruan beb nak jadi raja sehari.

Tebiat lain skit tahun ni. Tazabar sebenarnya tunggu ulangtahun ke-5 ni sebab petanda lepas satu takuk fasa pertama dalam rumahtangga. Nak ucap tahniah each other jugak sebab berjaya lalui detik-detik sukar orang kata…

Jom cekidaut fasa-fasa tersebut :

Fasa 1 : (0-5 tahun)

Fasa kenal-berkenalan-saling mengenali. Selami hati budi. Bila dah duduk sebumbung ni, dia yg kita rasa dah kenal tu akan berbeza 100%. Time ni lah paling bnyk dugaan, sukar nak faham pasangan, masalah duit, kewangan tiris, salah faham dgn keluarga mertua, anak pun kecik-kecik lg.. So mmg kena bnyk toleransi each other. Mesti bnyk sabar dan selalu berbincang sama-sama. Yg perempuan, jgn kuat sgt merajuk. Sekali-sekala mmg best, tp kalo kerap sgt sentapnya nnt takde org nak layan, jwbnya kena pujuk diri sendiri. Kalau baru 1st year ok, boleh diterima.

?1st year – honeymoon year. Tengah teruja nak tunjuk rasa cinta. Kasih sAyang melimpah ruah.

? 2nd year – realiti rumahtangga. Tingkah laku sumbing sana sini. Mula cari salah. Gaduh-gaduh manja.

? 3rd year – kenal lebih mendalam. Daya tahan fizikal mental lebih kental. Dah tau isi hati dan hati budi. Semakin bijak tangani konflik.

? 4th year – Harmoni sekalipun berbeza. Raikan perbezaan yg timbul. Saling melengkapi. Perbaiki kelemahan dan keburukan. Bila isteri membebel, suami cakap bila perlu. Sedar hakikat berkahwin bukan hanya dengan dia tapi seisi keluarganya.

Fasa 2 : (5-10 tahun)

Fasa “dah faham” dan “dah masak”. Dah tau pantang larang, Do and Dont’s. Punca konflik, cara nak elak, makanan alergik, cerita faberet etc. Bkn dah takde gaduh langsung, tapi taknak bising. Nak merajuk pun malas dah. Anak-anak dah makin besar, kewangan keluarga pun dah makin stabil.

Fasa 3 : (10-15 tahun)

Fasa kritikal. Semakin stabil, makin bahagia tp tetap kena hati-hati. Kena selalu menten dan tambah baik mana-mana yang kurang. Cipta momen-momen sweet macam gula kalau taknak madu. Masuk range 40-an, krisis pertengahan usia. Mula rasa bosan dan menjeling kiri kanan. Anak makin meningkat remaja, pangkat dan kerjaya pun dah kukuh.

Fasa 4 : (15-20 tahun)

Fasa kadar perceraian kurang. Boleh dah berasa selesa. Tarik nafas lega. Peratus konflik mula menurun. Krisis pun jarang-jarang. Sibuk dgn masa depan anak-anak.

Fasa 5 : (20-25 tahun)

Fasa mula terima orang baru. Keluarga makin membesar. Al-maklumlah, anak-anak sekarang cepat betul laku. Kahwin muda belaka.. Kalau yang kahwin awal tu dah boleh fikir pasal cucu. hihihi…

Takleh fikir dah.. takleh ulas lelebih sangat sebab belum ada pengalaman. Dah tak tercapai dek akal sebab mata dah kasi signal nak pejam. Anak pun baru 2 orang. Kecik lagi..sekolah pun belum. hehehe…

Gigih apply cuti kengkonon harini nak gi dating berdua. Tapi tak semena-mena bangun pagi tadi demam pulak 2 beradik ni. Terus tak sampai hati nak hantar sekolah. Kesudahannya angkut semua sekali 4 beranak. Elok pulak sihatnya sampai petang.

Di hari anniversary ibu dan abi ni, dengan penuh perasaan dia isap jari kaki. Menjejes air liur segala. Dah ready nak dipanggil kakngah ke ape dik?!!

anniversary pose

HAPPY ANNIVERSARY TO US!

happy 5th anniversary to us

happy 5th anniversary to us

Banyak dapat doa berbunyi

Moga kekal bahagia ke jannah..

Ameen. Ameen. Ameen.

1,062 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation