5 FAKTA PENTING KOLAGEN YANG ORANG TAK TAHU DAN SELALU TERTIPU

Lambakan produk kolagen yang terlalu banyak dan pelbagai pada hari ini secara tidak lansung memang telah menarik perhatian ramai orang, terutamanya wanita.

Of course.

Makcik-makcik kat kampung pun tahu you olls, nak makan kaki ayam banyak-banyak biar tegang dan anjal, katanya. :)

Manakan tidak, sudah semakin ramai yang mempercayai khasiat kolagen terutamanya mereka yang ingin kelihatan cantik, sehinggalah yang memerlukan kolagen untuk tujuan kesihatan tulang dan sendi.

Tidak dinafikan, banyak manfaat yang bakal diperolehi daripada pengambilan kolagen, tetapi apa yang lebih penting ialah Bagaimana kita nak pilih produk kolagen.

Macam mana nak tahu kolagen yang kita ambil adalah sebenar-benar kolagen terbaik seperti yang kita sangka?

Jom Semak Fakta tentang Kolagen yang ramai masih belum tahu ini :

1. Kolagen Tumbuhan – “plant collagen”

Beberapa tahun lepas, viral tentang seaweed kolagen dari Negeri Sabah. Dikatakan bahawa rumpai laut ini mengandungi kolagen.

Namun, wujudkah sebenarnya kolagen dari sumber ini?

Betulkah kolagen rumpai laut (seaweed collagen) ini adalah sejenis kolagen?

Yang sebenarnya, TIDAK ADA KOLAGEN yang terhasil secara semulajadi daripada tumbuhan. Istilah ‘plant collagen’ itu sendiri digunakan kerana ekstrak daripada sesetengah rumpai laut yang mempunyai ciri-ciri menyerupai kolagen (strukturnya kenyal dan berlendir).

Ia sememangnya TIDAK WUJUD di dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein, di mana kolagen adalah juga sejenis protein.

Walaubagaimanapun, ianya mampu membantu mengaktifkan proses penghasilan kolagen dalam kulit manusia.

Baca Juga : Kolagen rumpai laut, fakta atau auta?

2. Kolagen terhidrolisis – hydrolyzed collagen

Kolagen terhidrolisis adalah bahan yang terhasil daripada pemecahan kolagen. Ia melalui proses hidrolisis yang membabitkan penguraian sebatian kolagen oleh tindak balas dengan molekul air.

Banyak produk yang dipasarkan sebagai makanan tambahan kolagen atau produk kecantikan berasaskan kolagen mengandungi kolagen terhidrolisis.

3. Pastikan saiz kolagen – “Microfine Size”

Pilih saiz kolagen dengan molekul sekurang-kurangnya 1,000 dalton dan ke bawah. Saiz molekul kolagen yang lebih ringan membolehkan ia diserap dengan lebih baik.

Saiz 1,000 dalton adalah yang paling ideal untuk kadar penyerapan kolagen yang optimum oleh sel. Ia juga akan memberi efek kolagen lebih cepat.

Bagi yang sudahpun mengamalkan pengambilan kolagen tetapi hasil yang diperoleh belum begitu menggembirakan, semak semula saiz Dalton kolagen anda. Kebanyakan produk kolagen yang berada di pasaran bersaiz 3,000 dalton.

4. Sumber kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan samada spesies yang bertulang belakang atau tidak bertulang belakang :

Sumber-sumber kolagen komersial

Kebiasaannya kolagen komersial ini diproses daripada 3 sumber utama :

  • Sumber marine – ikan

Kolagen ikan atau juga dikenali sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan air laut dalam dan sejuk (deep sea water) dan kebiasaannya menggunakan ikan salmon atau ikan merah.

Pada tahun 2011, kolagen daripada ikan tilapia ditemui oleh seorang penyelidik dari UPM. Kolagen marin adalah 1.5 KALI GANDA lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau khinzir.

  • Sumber bovine – lembu

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.

  • Sumber porcine – khinzir

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini. *Bagi yang Muslim, biarlah tak cantik, biarlah tak tegang asalkan tidak terjebak dengan sumber haram.

5. Produk kolagen yang dipilih bukan sahaja mengandungi kolagen tetapi turut mempunyai kandungan bahan-bahan ini :

  • Glucosamine – untuk menyokong kesihatan sendi.
  • Anti-okisdan – untuk menentang radikal bebas
  • Vitamin C – untuk mengurangkan kesan akibat penuaan pramatang
  • Vitamin B – sebagai membantu sintesis kolagen sel
  • Asid hyaluronic – sebagai pengikat kolagen dengan serat elastin

Istilah kolagen itu sendiri memang menarik perhatian kerana orang sudah ramai tahu bahawa kolagen digunakan secara meluas dalam industri kecantikan – produk kosmetik, kesihatan – makanan dan perubatan.

Permintaan terhadap kolagen juga semakin hari semakin meningkat bila makin ramai sedar tentang khasiat kolagen terutamanya untuk kecantikan dan keremajaan kulit. Memang sudah terbukti, pengambilan kolagen pada dos yang sesuai dan secara konsisten boleh memberikan kesan positif terutama pada kesihatan dan kecantikan kulit.

Kebanyakannya mula kenal kolagen sebagai produk anti-penuaan untuk menggantikan kolagen yang hilang dan mahukan kulit yang anjal toink-toink.

Siapa yang tak nak nampak lebih muda dan kurang kedut, kan?

Walaubagaimanapun, kesan penggunaan kolagen juga berbeza bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, sumber kolagen yang dipilih dan kadar penyerapan oleh sistem tubuh seseorang.

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg. Pengambilan kolagen dengan dos yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ hati dan buah pinggang.

Takut pula, kan?

Baca Juga : Hati-hati dengan sembarangan kolagen, ia boleh jadi pembunuh senyap

Oleh itu, pastikan produk kolagen yang anda pilih adalah tulen, terbaik, dijamin selamat, semulajadi dan berkesan okay!

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

91 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation