Seperti juga saya yang juga seorang ibu, kebanyakan isteri yang bergelar emak pada masa kini tidak lagi menjadi surirumah sepenuh masa macam mak-mak dahulu, tetapi sama-sama bekerja bagi membantu meringankan perbelanjaan isi rumah yang kian hari kian meningkat.

Tidak dinafikan, mungkin ada diantaranya nak sangat memasak untuk anak tersayang, tapi bila dah letih sebaik sampai rumah, lain pulak yang terjadi. Badan dah penat, anak mula mengamuk nak bermanja selepas seharian ditinggalkan dalam jagaan pengasuh. Kesudahannya, beli di kedai aje lah. Akhirnya jalan mudah diambil dengan hanya membeli makanan di luar setiap hari sedangkan mendidik anak dengan makanan sihat adalah sangat penting dalam proses tumbesaran mereka.

Apa yang membimbangkan ialah tahap kesihatan kanak-kanak yang senang sangat penyakit datang menyinggah. Kaji selidik oleh Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) mendapati 1 daripada 20 kanak-kanak mengalami masalah kurang berat badan manakala 1 daripada 5 orang kanak-kanak lain berhadapan risiko lebihan berat badan atau obesiti.

menyediakan bekalan ke sekolah untuk anak-anak adalah usaha yang baik untuk menggalakkan pemakanan sihat dan seimbang

menyediakan bekalan ke sekolah untuk anak-anak adalah usaha yang baik untuk menggalakkan pemakanan sihat dan seimbang