3 PUNCA PALING FAMOUS ANEMIA ATAU HB LOW YANG SELALU JADI “BADI” IBU MENGANDUNG

Apabila seorang ibu hamil, terdapat kemungkinan dia akan mengalami anemia. Sinonim sangat nampaknya anemia dengan ibu mengandung ni. Banyak betul kes-kes yang kita dengar.

Merbahayakah anemia ini? Apakah kesannya kepada ibu dan bayi dalam perut?

Anemia menyebabkan darah ibu tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup sihat untuk membawa oksigen ke tisu-tisu tubuh ibu dan bayi.

Kenapa anemia selalu dikaitkan dengan ibu mengandung ?

Badan kita memerlukan dan menggunakan zat besi untuk membuat hemoglobin (protein dalam sel-sel darah merah) yang tugasnya membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu tubuh.

Semasa mengandung, jumlah darah akan mengembang untuk menampung perubahan dalam badan dan membantu bayi untuk membuat bekalan darah ke seluruh badan – dua kali ganda keperluan zat besi diperlukan.

Jika ibu tidak mempunyai simpanan zat besi yang cukup atau mendapatkan bekalan tambahan zat besi yang cukup semasa hamil, ia akan menyebabkan terjadinya anemia atau kekurangan zat besi.

Semasa mengandung, badan ibu harus menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Jika tidak mendapat zat besi atau nutrien tertentu lain yang cukup, badan ibu mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk membuat darah tambahan.

Anemia ketika hamil boleh membuat ibu berasa lemah dan sering keletihan. Anemia ringan apabila anda hamil adalah perkara biasa, namun jika dibiarkan melarat dan berlanjutan ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti kelahiran pramatang.

  • Menjadi terlalu letih dan lemah
  • Menjadi semakin pucat
  • Mempunyai debaran jantung
  • Menjadi sesak nafas
  • Berasa pening atau ingin pitam
  • Mempunyai keinginan untuk makan tanah liat atau tepung jagung

Ada sesetengah ibu yang lansung tidak kisah berkenaan gejala-gejala ini kerana beranggapan bahawa ia hanya simptom kehamilan biasa. Tidak kira samada ibu mempunyai gejala atau tidak, ujian darah harus dijalani untuk menyaring anemia semasa pemeriksaan kehamilan dibuat. Ia biasanya hanya dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Walaubagaimanapun, ia bergantung juga kepada paras bacaan hb ibu samada stabil atau semakin menurun.

Jika ibu berasa bimbang berkenaan tahap keletihan atau mana-mana gejala-gejala serius lain berkaitan kehamilan, rujuklah kepada doktor yang memeriksa anda agar ia dapat dipantau dengan lebih terperinci.

Jenis-jenis dan punca Anemia Semasa Mengandung

Terdapat beberapa jenis anemia yang boleh terjadi semasa mengandung termasuklah :

1. Anemia kerana kekurangan zat besi

Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa anemia semasa kehamilan. Anemia jenis ini berlaku apabila badan tidak mempunyai zat besi yang cukup untuk menghasilkan jumlah yang cukup hemoglobin. Itu adalah satu protein di dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.

Kekurangan zat besi menyebabkan darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh badan. Oleh sebab itu, ibu hamil harus mendapatkan nurien yang seimbang dalam diet pemakanan seharian agar bekalan zat besi dapat dipenuhi.

Ibu harus memastikan makanan dari sumber zat besi seperti kekacang, daging merah dan sayuran hijau. Kami ada Vitalea sebagai vitamin tambah darah dan pembekal zat besi yang bersamaan dengan 4o jenis hidangan lauk-pauk.

2. Anemia kerana kekurangan folat

Folat, juga dikenali sebagai asid folik adalah sejenis vitamin B. Badan ibu memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.

Semasa mengandung, wanita memerlukan folat tambahan. Tetapi kadangkala ibu tidak mendapatkan sumber yang cukup daripada diet seharian mereka. Apabila ini berlaku, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang normal dan cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu di seluruh badan.

Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural (spina bifida) dan kelahiran bayi dengan berat yang rendah.

Folat atau folik asid boleh diperoleh dengan memperbanyakkan pengambilan makanan seperti bayam, cendawan, bijirin dan kurma yang boleh membantu penghasilan sel darah merah.

3. Anemia kerana kekurangan vitamin B12

Kekurangan B12 vitamin. Badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada makanan, badannya tidak boleh menghasilkan cukup sel darah merah. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu, dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk membangunkan kekurangan vitamin B12, yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang.

Lebihkanlah makan ayam, ikan tuna, sardin dan kerang untuk bekalan vitamin B12 yang cukup supaya ia dapat membantu menutup lompong-lompong nutrisi ibu mengandung.

Kami ada B-Complex yang lengkap dengan asid folik dan vitamin B12 yang bukan sahaja penting untuk pembentukan sel-sel darah merah, tetapi juga dapat mengawal stress ibu terutamanya yang sedang mengalami alahan mengandung yang teruk.

Baca Juga : 6 Nutrisi terpenting mak mengandung mesti makan supaya baby cukup zat dan tidak cacat

Suami dan ibu itu sendiri kena ambil tahu tentang apakah punca yang menyebabkan terjadinya anemia ini kerana tidak semua wanita mengandung yang mengalami anemia dan mereka yang mengalami anemia juga bukan semuanya boleh diatasi dengan kaedah yang sama.

Terdapat kes-kes anemia yang disebabkan oleh ibu yang menghidap talasemia yang diwarisi di mana terdapat kecacatan gen yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Ibu-ibu hamil yang mengalami talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10 g/dl.

Antara faktor-faktor risiko yang berkaitan ialah :

  • Ibu mempunyai jarak kehamilan yang agak rapat dengan kehamilan sebelumnya
  • Ibu hamil lebih daripada seorang bayi (kembar)
  • Ibu sering mengalami muntah kerana alahan morning sickness
  • Ibu tidak mengambil zat besi yang mencukupi
  • Ibu mempunyai aliran haid yang banyak sebelum hamil

Pemakanan yang baik boleh mencegah anemia semasa mengandung. Sumber pemakanan zat besi termasuk tanpa lemak merah daging, ayam dan ikan. Pilihan lain termasuk bijirin sarapan diperkaya dengan zat besi, kekacang dan sayur-sayuran.

Zat besi dari sumber haiwan seperti daging, adalah yang paling mudah diserap. Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan makanan tambahan, pasangan mereka dengan makanan atau minuman yang tinggi dengan vitamin C – seperti jus oren, jus tomato atau strawberi.

Jika ibu mengambil makanan tambahan besi dengan jus oren, mengelakkan pelbagai kalsium yang diperkaya ini. Walaupun kalsium adalah nutrien penting semasa mengandung, ia boleh mengganngu dan mengurangkan penyerapan zat besi.

Jom dengar pengalaman real ibu mengandung dalam Testimoni Visual ini :

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Pengambilan suplemen kehamilan yang lengkap boleh secara konsisten bukan sahaja dapat membantu ibu menjalani kehamilan dengan gembira, malah juga dapat memelihara kesihatan bayi dalam kandungan disamping dapat mengelakkan risiko kelahiran pramatang.

Buat ibu-ibu yang pernah rasa, mesti tau betapa runsingnya hati bila terpaksa tengok baby kita yang baru lahir tu, yang kecik comel tu dikuarantin dalam NICU, dengan keadaan wayar-wayar yang berselirat di seluruh badan. Sedih!

Setiap kali mengandung, mesti anemia. Setiap kali anemia, mesti mengandung. :) Mujur kakaknya pantau dan peka dengan masalah ini dan sudi jadi tuan penasihat. :)

Tak seronok kan bila setiap kali mengandung perlu dipantau dan runsing memikirkan tentang Hb. Apa lagi kalau asyik kena aimed dengan nurse setiap kali datang checkup sampai jadi tekanan darah tinggi pulak. Tak pasal-pasal rasa serik nak mengandung lagi lepas ni.

Kan best kalau graf checkup semua cantik dan dapat score fullmark je. Barulah dapat hepi-hepi pergi shopping barang baby dengan cik abang sayang. Barulah nampak seri orang mengandung gittew!

Dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dengan 3 vitamin wajib untuk result hb yang cantik hanya dengan 1 klik di SINI

set mengandung shaklee

Atau boleh juga hubungi saya untuk konsultasi dan panduan makan vitamin yang betul eksklusif untuk pelanggan setia kami :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia untuk tujuan bisnes dan makan sendiri :

Nusaybah Anuwar – 0193832656

1,630 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation