19 FAKTOR RISIKO OSTEOPOROSIS YANG MESTI SEMUA ORANG TAHU SUPAYA TULANG TIDAK MUDAH RETAK DAN HANCUR

Sejak dalam kandungan dan di awal kelahiran lagi kalsium merupakan antara nutrien paling penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia berperanan dalam membantu proses tumbesaran bayi sehinggalah mereka membesar menjadi kanak-kanak dan orang dewasa.

Ok, sekarang dah dapat jawapan paling logik kenapa saya tak tinggi-tinggi jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. :)

Kehadirannya bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan kesihatan tetapi turut membantu menguatkan tulang dan gigi.

Setuju juga sebab sejak mengandung, gigi saya selalu saja berdarah dan sakit-sakit pinggang.

Sedar tak sedar, setuju atau tidak salah satu sebab kita tak ambil peduli tentang betapa pentingnya kalsium ialah bila tak tahu risiko dan kesan kekurangannya di kemudian hari.

Apa agaknya faktor yang boleh meningkatkan risiko osteoporosis ya?

Jom check kalau-kalau kita mungkin salah seorang daripada mereka yang berisiko :

Profesion/Bidang pekerjaan

Atlit profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton dan jarak jauh lebih berisiko mendapat osteoporosis.

Gaya hidup

Kurang bersenam dan pengambilan kalsium yang tidak cukup dalam diet seharian.

Mereka yang kurang bersenam, tubuh tidak akan mampu mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrisi yang cukup kerana kepadatan tulang bergantung kepada aktiviti fizikal seseorang. Beberapa kajian menunjukkan amalan senaman ringan seperti aerobik dan sukan ketahanan dapat meningkatkan kepadatan mineral tulang wanita yang telah menopaus.

Jantina

Secara semulajadinya, kaum lelaki mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi. Mereka hanya hilang 0.3 % kepadatan tulang setiap tahun berbanding 0.5 % setahun untuk wanita.

Bangsa

Berbangsa Asia atau campuran Asia.

Warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.

Saiz fizikal tubuh badan

Kurus dan memiliki rangka tulang tubuh yang kecil.

Berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.

Latar belakang keluarga

Sejarah keluarga yang menghidap osteoporosis.

Ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi daripada itu.

Kecederaan lampau

Sebelum ini pernah mengalami kecederaan sehingga mengakibatkan keretakan atau patah tulang ketika dewasa.

Tabiat tidak sihat

Merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.

Merokok telah dikenalpasti sebagai antara penyebab osteoporosis yang berlaku apabila ia mengganggu fungsi hormon estrogen yang berkait rapat dengan metabolisma kalsium. Jaga-jaga. Perokok lebih terdedah untuk mendapat Osteoporosis.

Kadar penyerapan tubuh

Penyerapan nutrien dari makanan yang terganggu menyebabkan nutrien tidak dapat diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.

Menopaus

Menopaus (putus haid).

Wanita boleh kehilangan sehingga 4% kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 % dalam tempoh 10 tahun tersebut.

Hormon

Paras hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.

Sejarah perubatan

Rawatan kemoterapi bukan sahaja akan menyebabkan tubuh badan berasa lesu, malah turut menjejaskan kepadatan tulang.

Amenorrhea

Tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan paras estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau kesan akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.

Inflamasi

Keradangan kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.

Masalah kelenjar tiroid

Hipertiroidisme – penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.

Sumber Vitamin D

Kekurangan vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.

Ubat-ubatan

Pengambilan sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti ubat untuk mencairkan darah.

Radikal Bebas

Pendedahan kepada logam berat, kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.

Pemakanan

Minuman ringan.

Beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.

Sumber : Utusan Online Arkib 6/1/2008

Kajian Kes

Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) menunjukkan rakyat Malaysia tidak mendapat nutrisi ini dalam jumlah yang sepatutnya diperlukan.

Rakyat di negara ini sangat kurang mengambil susu dan produk tenusu. Ia jauh berbeza daripada jumlah yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kajian menunjukkan orang dewasa di negara ini meminum kurang daripada segelas susu secara purata dalam jangka masa satu minggu. Ia dengan jelas sama sekali tidak memenuhi cadangan 1-3 hidangan sehari seperti yang disarankan dalam Garis Panduan Diet Malaysia.

Ulasan Pakar

Apabila kita tidak memenuhi pengambilan kalsium harian yang disarankan, ini bermakna kita tidak mempunyai kalsium yang mencukupi melalui makanan yang telah diambil untuk diserap melalui saluran gastrousus untuk beredar di dalam darah kita.

Apabila badan kita kehilangan kalsium setiap hari melalui kulit, kuku, rambut, peluh, dan perkumuhan yang lain, kalsium akan dikeluarkan dari tulang sekiranya kita tidak mempunyai kalsium yang mencukupi di dalam darah dan untuk jangka masa yang panjang, ia akan menjadikan tulang kita lemah dan semakin rapuh.

– Ketua Penyelidik SEANUTS, Profesor Dr. Poh Bee Koon –

Keperluan kalsium Orang Asia

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanfaat untuk menjaga kepadatan tulang.

Maka dengan itu, penduduk Asia (terutamanya wanita) disarankan supaya mendapatkan keperluan kalsium harian dengan cukup (antara 800 hingga 1,000 mg). Nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D turut diperlukan untuk memastikan kadar penyerapan berada di tahap tertinggi dan mampu mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 mg kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

So, nak tak nak memang kena konsisten ambil susu sebagai sumber utama kalsium tau!

Ostematrix mengandungi lebih daripada sekadar kalsium.

Ostematrix sumber kalsium terbaik

Berita baik sebab tengah offer bulan Ogos 2016 ini. :)

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

612 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation