13 TIPS MUNASABAH PANTANG UNTUK IBU BERPANTANG SENDIRI WALAUPUN TANPA MAK ATAU MERTUA DI SISI

Tudiaaa title… Pantang dan ibu berpantang.

Berpantang.

Kalau orang melayu biasanya sekitar 40-44 hari. Taktaulah apa relevannya tambahan 4 hari tu. Tapi tak kisahlah, as long as 40 hari dan ke atas kira oklah tu.

Amalan berpantang ni dikategorikan sebagai rawatan tradisional selepas bersalin. Mengandung 40 minggu, berpantang 40 hari. Kalau yang ceaser, tempoh nak kena berpantang lebih lama untuk pulih dan sembuh sepenuhnya. Bukan takat luka luar je kena extra care, luka dalam pun kena jaga-jaga. Urut dan bengkung semua pun takboleh.

Bahasa lain berpantang ialah “di kuarantin” di rumah. Kalau orang tua dulu-dulu kemain pantang kalau mak berpantang ni jejak tanah masa dalam tempoh tu. Katanya lagi nak kasi kita takut, “jangan begitu, tak boleh begini, bentan nanti!”

panduan berpantang mudah

Lagi satu, cakap pasal pantang ni, yang sinonim sangat bab makan je sebenarnya. Bab-bab lain tu seminggu dua je kot kalau nak patuh betul-betul pun. Lepas dah rasa sihat, dah tak takut nak kencing berak, yabedabedooo laaa.. Ye dak?

Setiap wanita, tubuhnya berbeza. Baik dari segi ketahanan pada sakit, atau pemulihan. Termasuklah jugak peel masing-masing. Ada yang jenis mengada lebih. Kalau rezekinya proses kelahiran yang mudah, sakit tak lama, bukaan serviks cepat, tak kejung duduk dalam wad sampai berhari-hari, biasanya penyembuhan pun cepat.

Memang lega sangat rasa dia lepas dah dapat keluarkan baby. Tapi, ada satu lagi yang kena jaga. Berpantang lepas bersalin ni lah. 9 bulan kendong budak ke hulu ke hilir. Tahan lah sikit nak repair semula yang dah gayut, layut semua tu. Lagikan kehamilan yang penuh pancaroba dan banyak dugaan kita boleh hadap, apalah sangat berpantang 40 hari kan…

Ain Sufi Day 44

Berpantang ni kalau dapat guna yang short-cut semua memanglah syok. Tapi kalau dalam masa yang sama dapat seimbangkan kaedah moden dan tradisi lagi lah baik. Sebabnya kalau kita pusing kot mana pun, memang banyak benarnya apa yang tok nenek dan mak kita selalu duk pesan tu.

Senang memang kalau boleh semua nak senang. Mudah pun seboleh-bolehnya semua nak yang mudah-mudah je. Tapi kalau senang, mudah dan munasabah, itu mesti lagi best kan?!

Kebetulan masa bersalin adik Ain Sufi, mama abah bermisi haji. Sempat seminggu je ada dalam pengawasan. Lepas tu diri sendiri yang jadi pengawas. Memang pengawas betul sebab kena monitor kakak Nasuha sekali. Mujur dah pernah ada pengalaman anak sulung sebelum ni. Jadi, saya apply je balik mana yang ingat tu.

Sini saya share sikit apa yang saya buat masa berpantang anak kedua :

  1. Bertungku. Jangan sambil lewa. Ini penting. Kalau dapat daun sekali lagi molek. Saya dulu guna daun mengkudu. Bau dia best! Rasa macam mak yang jaga walopun mak jauh.
  2. Sediakan suplemen. Zaman hari ini, makanan tambahan dah jadi keperluan. Saya ambil Set Berpantang Premium Shaklee yang sebahagiannya saya continue je daripada vitamin Set Mengandung yang masih berbaki.  :)
  3. Kalau rasa nak makan jamu, beli yang jenis tablet supaya tak jenuh nak rebus segala. Saya pilih Alfalfa Complex – All in One.
  4. Prepare mandian berpantang yang senang dapat macam daun pandan atau serai kayu. Saya guna yang jenis dalam uncang. Ada jual banyak dah kat kedai baby. Saya rekomen jenama TYT. Memang thorbaikk !
  5. Siapkan bengkung dan minyak-minyak berkaitan untuk baby dan mak baby. Amalkan sapuan beserta selawat dekat ubun-ubun dan tapak kaki supaya baby tidur lena dan terhindar dari gangguan yang tak diingini.
  6. Kalau ada niat nak berjaya breasfeed, peralatan mengepam make sure ada dah. Time ni lah penting untuk buat stok ebm sebab breast belum pandai adjust lagi ikut keperluan baby, so susu tengah banyak.
  7. Standby kan kain bedung yang besar dan lebar. Ada sesetangah baby yang masih perlukan womb sensation, tak semestinya asyik kena dakap je. Macam adik Ain, high need baby yang banyak ajar saya pasal teknik menenangkan bayi.
  8. Printkan resepi makanan berpantang yang best-best. Banyak boleh dapat kat internet. Pilih sumber bahan mentah yang fresh. Elakkan makanan yang gatal, sejuk, tajam, berbisa, berangin atau terlalu berminyak.
mandian ibu berpantang TYT

mandian ibu berpantang TYT

bapak mithali mandikan anak

bapak mithali mandikan anak

Pastikan anda mendapat nutrisi yang lengkap, daripada makanan yang cukup dengan nutrien yang diperlukan oleh badan kita.

Eh..ehh.. tak habis-habis cakap pasal nutrisi.

Kenapa nutrisi penting semasa berpantang ?

  1. Membekalkan tenaga berpanjangan
  2. Mempercepatkan proses pemulihan
  3. Membantu penghasilan susu badan
  4. Mengurangkan risiko penyakit
  5. Meningkatkan sistem imun
  6. Mengelakkan sakit di kemudian hari

Kata orang, cakap banyak tak guna. Rasa dulu baru tau. Of course saya cakap ni sebab saya dah rasa betapa ohsemnya pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang super best.

Saya setiap kali berpantang (walaupun baru 2 kali), memang selesa mengamalkan kedua-duanya. Mengambil pendekatan moden, sesuai dengan zaman hari ini, serta tidak pula terus meninggalkan petua tradisi nenek moyang dahulu. Saya percaya, kesederhanaan itu selalu yang terbaik.

Biar panas-panas, makan berkisarkan unsur-unsur herba

Mandi air suam, biar badan panas-panas. Lumur je dengan minyak herbs tu kasi keluar peluh. Pakai sweater, stokin segala supaya angin tak masuk. Relevannya nak elak masalah kesihatan macam rheumatism, arthritis dan sengal-sengal badan.

Makan herba-herba tradisional itu bagus, tapi jangan overdose!

Yang bab makanan ni, sebenarnya tak kisahlah tengah pantang ke apa. Semua kena bersederhana. Jangan terlampau banyak. Jangan melampau-lampau. Makanan apa pun kalau melampau sangat, daripada baik akan jadi mudarat.

Jauhi semua yang bersifat sejuk, terutamanya makanan sejuk

Dalam pantang ni, takboleh sejuk-sejuk. Jangan sejuk-sejuk. Air sejuk, kipas, aircond sebolehnya elakkan lah. Minum ais tu janganlah sesekali berani. Kembang semua urat nanti. Penat je makbidan nasihat. Sia-sia je makcik urut tu pecah peluh overhaul satu badan kita.

Kurangkan kafein dan alkohol, kalau boleh jangan ambil lansung

Kafein ni akan ganggu waktu tidur baby. Kalau sekali kita minum, paling koman pun lepas 8 jam baru hilang efek dia. Bayangkanlah bila kita minum kopi atau nescafe, lepas tu bagi anak menyusu. Kesian budak tu, badan penat tapi mata taknak lelap. Sudahnya mengamuk sampai ke sudah.

Jangan catu-catu nak minum air masak 

Air masak atau air kosong ni penting sangat masa berpantang. Formula hanya boleh minum segelas air dah tak relevan. Tu yang susah nak membuang sampai sembelit tu. Lagi satu, kot mana nak datang susu kalau mak kurang minum. Ingat lagi masa saya berpantang anak sulung dulu, ada kawan yang datang visit terkejut sebab nampak sebotol besar tupperware air 2 liter saya letak tepi tempat tidur. Jeles katanya sebab masa dia pantang, nak minum air pun kena sukat, takboleh lebih.

Jauhi makanan pedas, cili dan sayuran yang berangin

Orang kata tengok keturunan jugak. Kalau mak awak dulu masa pantang kebal dengan sayur sekian, sekian. Bolehla try secuit dua. Biasanya anak beranak ni sama dia punya pantang larang. Kalau mak dah kata dia seram-sejuk-menggigil lepas makan, janganlah gatal or berani nak cuba. Kang tak pasal bentan. Udahla mak takde di sisi. Lagi satu, kalau dah jadi sembelit or buasir, lagi lambatlah jawabnya nak sihat.

Bab kerja rumah tu saya buat jugak sekadar yang termampu. Kain baju saya sumbat je dalam mesin. Mana yang sempat saya sidai, takpun minta tolong suami setelkan lepas dia balik kerja. (Kalau masa anak sulung dulu ok lagi, siap boleh hadwash lagi..hehehe).

Pagi-pagi shake je instant breakfast ESP, mealshakes dan susu kambing. Kemain sedap adik nyonyot. Itu pun maknya dah energetic bukan main. Hehehe..

sarapan semasa berpantang saya

sarapan semasa berpantang saya

Banyak sebenarnya manfaat berpantang ni. Bukan saja dari sudut kesihatan tubuh badan tetapi juga mental dan emosi. Bayangkan jika lepas penat berhempas pulas di labor room, balik rumah tak ada apa-apa beza pun. Semua sama je baik rutin harian dan pemakanan. Agak-agak boleh ke badan kita ni baik dan sihat dengan sempurna?

Lagi teruk bila ada yang sampai terganggu perasaannya.

Nak cantik balik, kurus selim melim macam anak dara tu memanglah semua orang nak.

Isteri yang rapat dan ketat penting. Tapi kewarasan adalah lebih penting. So, kena jaga semua segi.

Rapat sangat, body cun tip top semua tapi gila meroyan pun laki takmau jugak, kan?!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Boleh roger untuk dapatkan Set Mengandung Lengkap Shaklee atau Set Berpantang dan Menyusu Ohsem sama macam apa yang saya amalkan selama 4 tahun ni.

Pengedar sah Shaklee untuk makan sendiri dan menjalankan bisnes.

COD sekitar Kajang, Bangi dan pengeposan ke seluruh Malaysia enggunakan kurier terpilih dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja.

Hubungi Nusaybah Anuwar 019-3832656

8,593 total views, 9 views today

3 Thoughts on “13 TIPS MUNASABAH PANTANG UNTUK IBU BERPANTANG SENDIRI WALAUPUN TANPA MAK ATAU MERTUA DI SISI

  1. Pingback: PERSIAPAN PENTING SAMBUT KELAHIRAN BAYI | Life is a Story

  2. ninimuhammad on 22/04/2017 at 2:06 PM said:

    Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni :http://www.ninimuhammad.com/search/label/sebab%20susu%20ibu%20makin%20kurang
    Salam kenal dari saya =)

  3. ninimuhammad on 23/04/2017 at 9:32 AM said:

    Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation