13 PETUA “SELAMAT TINGGAL JERAWAT” AGAR KULIT KEKAL JELITA & AWET MUDA

Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan timbulnya nanah sehingga menjadi radang. Jerawat adalah salah satu penyakit pada kulit yang mempunyai sangat ramai penghidapnya baik lelaki mahupun wanita.

Seorang peneliti masalah jerawat ternama di dunia berpendapat,

Tak ada satu seorang pun di dunia yang melalui hidupnya tanpa sebutir pun jerawat pada kulitnya. -Kligmann-

Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon yang merangsang kelenjar minyak berlebihan pada kulit termasuklah ketika datang haid, kehamilan, pengambilan pil perancang dan stress.

Jerawat terjadi apabila pori-pori pada kulit muka telah tersumbat dengan minyak menyebabkan terdapatnya bakteria yang terperangkap sehingga terjadi iritasi.

pimples and acne

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat pelbagai kaedah menghilangkan cela jerawat menggunakan sumber semulajadi di rumah yang mujarab dan masih menjadi pilihan dan amalan sehingga kini. Antaranya :

1. Rendam asam gelugur (asam keping) semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka dan biarkan selama beberapa minit. Lakukan 2 kali seminggu.

2. Campurkan serbuk kulit kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan sekerap yang boleh.

3. Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering bilas pula dengan air suam. Amalkan selalu.

4. Belah dua biji buah tomato. Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur dan biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya basuh muka dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

5. Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama 2 hingga 3 minit. Amalkanlah petua ini setiap kali mandi.

6. Ambil seberapa banyak kulit timun dan tumbuk hingga lumat. Pupurkan timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat dan biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari.

7. Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titikkan pada jerawat secara melata pada muka sebelum tidur. Lakukan setiap malam.

8. Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu bilas dengan air. Amalkan selalu.

9. Tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga bersama sedikit beras. Kemudian, campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari sehingga kesan jerawat pudar dan hilang.

10. Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaulkan hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih. Amalkan dengan kerap.

11. Bancuh tepung kanji bersama putih telur. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru timbul di muka. Jerawat akan hilang dan tidak meninggalkan kesan.

12. Tumbuk beberapa helai daun sireh dan beras sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit air sejuk. Sapukan ke muka sebelum tidur.

13. Parut sengkuang, kemudian tapis dan biarkan patinya mendap. Ambil pati tersebut dan sapukan pada wajah. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Walaubagaimanapun, kaedah rawatan secara holistik (menyeluruh dari luar dan dalam) adalah sangat berkesan kerana telah terbukti bahawa kulit muka yang sihat bergantung kepada sel-sel dan sistem tubuh yang sihat.

Makanlah bawang putih. Ia tinggi kandungan anti-oksidan dan terkenal dengan kuasa antibiotik (anti-jerawat). Lebihkan makanan tinggi protein daripada sumber tumbuhan yang kurang berminyak. Protein sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru yang sihat dan menjadikan kulit cantik. Kulit kita sendiri juga terdiri daripada protein.

Ambil sumber vitamin C dan vitamin E yang bertindak sebagai agen penyembuhan luka bagi penyembuhan jerawat, meransang penghasilan kolagen serta berupaya melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas.

1000-200 mg dos harian vitamin C dan 400 IU dos vitamin E sehari mampu membantu menghindari jerawat, mengecutkan jerawat, menghilangkan jerawat dan mengelakkan terjadinya bekas jerawat. Orang perempuan yang berdepan masalah jerawat kerana hormon pula sangat digalakkan untuk mengambil sumber evening primrose oil dan bunga matahari seperti yang terkandung di dalam GLA Complex. 

Pemakanan dan amalan yang sihat tentunya kunci kepada kulit muka yang sihat juga!

770 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation