12 CARA MUDAH BAKAR KALORI TANPA SENAMAN

Mengurangkan kalori dalam diet pemakanan seharian adalah salah satu daripada tips yang efektif bagi menurunkan berat badan. Ia bukan sahaja boleh dilakukan dengan hanya melalui senaman, malah terdapat beberapa cara mudah lain yang tidak dinafikan terbukti membantu membakar kalori dalam tubuh kita. Ia juga dikatakan prinsip asas bagi memiliki tubuh yang ideal di mana Kalori Masuk = Kalori Keluar.

1. Kurangkan pengambilan minyak – 124 kalori/1 sudu teh minyak

minyak masak

kurangkan minyak dalam masakan

Agak sukar untuk meminta tukang masak mengurangkan minyak dalam masakannya. Tetapi ia boleh dikurangkan dengan memasak sendiri makanan di rumah. Sekurang-kurangnya kita akan dapat mengurangkan 124 kalori untuk setiap satu sudu teh minyak

2. Memasak sambil bakar kalori – 640 kalori

lelaki memasak

lelaki memasak adalah comel

Selain memasak untuk diri sendiri, ada masanya cubalah untuk membuat majlis kecil-kecilan dengan mengajak saudara atau sahabat handai datang ke rumah. Memasak dalam kuantiti yang banyak akan membakar lebih kalori

3. Minuman tanpa gula – 400 kalori

drink plain water

drink plain water

Kebiasaan minum teh dengan tambahan bahan pemanis boleh mencecah sehingga 400 kalori. Jadi pilihlah minuman tanpa gula untuk mengurangkan kalori dalam badan, sebaik-baiknya ialah air kosong.

4. Kenyang dengan sedikit kalori – 684 kalori

dua biji telur untuk diet

dua biji telur untuk diet

Cubalah mengambil 2 biji telur rebus ketika bersarapan. Ini akan membuatkan kita merasa kenyang dengan lebih lama. Ambillah juga sup rendah kalori sebelum mengambil makan tengahari dan makan malam.

5. Jaga perut anda – 500 kalori

sayangi perut anda

sayangi perut anda

Berhentilah makan sebaik sahaja merasa kenyang dan cubalah untuk bertahan dengan tidak mencari snek yang lain

6. Perhatikan jumlah hidangan – 1050 kalori

catat kalori makanan

catat kalori makanan

Sesetengah bungkusan makanan mengandungi 350 kalori. Namun, ia adalah untuk 4 hidangan bermaksud dikongsi bersama 3 lagi rakan lain atau diambil untuk 4 kali waktu makan. Cubalah untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan ia boleh membantu mengurangkan kalori yang kita ambil sehari-hari.

7. Berhati-hati dengan promosi makanan – ??? kalori

Online voucher yang menggoda

Online voucher yang menggoda

Kita patut berhati-hati ketika ingin makan di restoran yang menawarkan menu segera terutamanya Fast Food yang tidak menyihatkan. Ini untuk mengelakkan diri daripada terjebak memesan makanan yang ditawarkan sehingga menyebabkan penambahan kalori dalam diet kita.

8. Rehat yang mencukupi – 1087 kalori

rehat secukupnya membakar kalori

rehat secukupnya membakar kalori

Penelitian dari University of Chicago mendapati seseorang yang hanya tidur 5.5 jam sehari akan makan lebih banyak. Jadi, tidurlah dengan cukup kerana ia boleh mengurangkan kalori dalam tubuh kita.

9. Kurangkan pencuci mulut – ??? kalori

kurangkan pencuci mulut

kurangkan pencuci mulut

Jangan terlalu kerap mengambil pencuci mulut. Bukan mengurangkan kekerapan mencuci mulut. Jika ada keinginan, cukuplah dengan hanya setengah daripada sepotong kuih agar kalori anda tidak bertambah terlalu banyak.

10. Pinggan yang kecil – ??? kalori

piring corelle

piring corelle i like!

Jika saiz pinggan yang digunakan ditukarkan dengan saiz yang lebih kecil, ia dapat mengurangkan kalori sehingga 22%. Ia juga dapat mengelakkan kita makan secara berlebihan.

11. Hadkan pengambilan “popcorn” – 700 kalori

a bowl of popcorn

a bowl of popcorn

Biasanya popcorn mengandungi sehingga 1005 kalori. Untuk mengelakkan terlalu banyak kalori, cuba buat popcorn sendiri dengan memilih bahan yang renda lemak.

12. Kurangkan makan aiskrim – 550 kalori

kurangkan makan aiskrim

kurangkan makan aiskrim

Kelazatan aiskrim membuatkan kita tidak lepas untuk terus menikmatinya. Cubalah untuk mengurangkan keinginan itu tetapi tidak salah jika mahu menikmatinya sekali-sekala.

Ternyata kita masih boleh menurunkan berat badan secara efektif tanpa perlu bersenam. Sebaiknya pengambilan kalori haruslah seimbang dengan pengeluaran kalori. Jika kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang digunakan, ia akan menyebabkan kegemukan. Sementara jika berlaku sebaliknya pula, tubuh akan kekurangan gizi.

SELAMAT MEMBAKAR KALORI !

3,144 total views, 1 views today

One Thought on “12 CARA MUDAH BAKAR KALORI TANPA SENAMAN

  1. Pingback: 5 TIPS ELAK MAKAN KERANA BOSAN, RAHSIA TURUN BERAT BADAN DENGAN CEPAT | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation