11 TIPS MENGATASI SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN SUPAYA TAK SERIK NAK MENGANDUNG LAGI DAN LAGI

Terima berita officemate dah selamat bersalin anak keempat. Alhamdulillah. Begitulah sokmo-sokmo pun. Kalau tang orang lain yang bawa perut, terasa cepat sangat masa berlalu.

Terbayang perut yang besar memboyot dan langkahnya yang sukar setiap kali kami bertembung. Terasa-rasa sakit dekat seluruh bahagian sendi macam diri sendiri pulak yang mengangkut baby tu. Itu belum fikir bab lenguh-lenguh kaki dan sakit pinggang lagi. Memang tak sabar nak sampai tarikh bersalin sebab tak tahan menanggung.

Kononnya lepas baby dah keluar akan lesap semua kesakitan tu, tapii..benarkah seperti disangka?

Dulu-dulu masa mengandung selalu fikir yang sakit belakang akan hilang sebaik saja selepas melahirkan. Hakikatnya ternyata ianya tidak semudah itu!

Memang betul. Lengkap 9 episod cramp masa mengandung, dah lepas bersalin pun nah! Rasa lagi buat kesekian kali. Ia memang selalu membelenggu dan mengekori.

Sakit belakang semasa mengandung dan selepas bersalin

sakit belakang selepas bersalin

Mengikut statistik, hampir 50% wanita akan merasai sakit belakang semasa mengandung. Ia biasanya akan hilang selepas satu atau dua minggu dan akan kembali semula dari semasa ke semasa terutamanya selepas bersalin dan beberapa bulan setelah itu.

Antara sebab utama yang menyebabkan sakit belakang ini ialah kerana badan yang keletihan akibat tekanan fizikal semasa proses melahirkan anak itu sendiri. Proses mengandung dan melahirkan anak disertai oleh banyak perubahan hormon yang rata-ratanya cenderung untuk melonggarkan ligamen dan sendi. Ini boleh membuat anda kurang stabil dan boleh menyebabkan rasa sakit, terutamanya apabila anda bergerak.

Rahim yang mengembang semasa mengandung turut akan melemahkan otot abdomen dan menyebabkan tekanan tambahan yang boleh menjadi punca kepada sakit belakang. Satu lagi penyebab yang biasa ialah pertambahan berat badan dalam tempoh itu. Paling sikit pun, 10 kg dah tentu-tentu naik dengan jayanya.

Proses bersalin juga dipercayai menyebabkan tekanan tambahan di belakang yang lebih rendah, yang boleh menyumbang kepada sakit tidak lama kemudian.

Tips efektif mengurangkan sakit belakang selepas bersalin :

Anda juga boleh mencuba tips mudah dan cara untuk mencegah dan melegakan sakit belakang selepas bersalin seperti dalam senarai di bawah ini :

1. Cuba untuk kembali kepada julat berat badan yang normal secepat mungkin. Kegemukan dipercayai memainkan peranan yang besar sebagai penyebab sakit belakang sebelum dan selepas bersalin.

Set Kurus dan Langsing Ibu Menyusu ini sangat sesuai dan mungkin anda perlukan

2. Amalkan senaman ringan semasa dan selepas bersalin. Aktiviti fizikal yang sederhana boleh membantu memulihkan ketegangan otot dan ligamen dan serta membantu meningkatkan fleksibiliti.

3. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Bantuan tambahan sangat diperlukan pada ketika ini terutamanya daripada suami dan ahli keluarga terdekat.

4. Elakkan melakukan kerja-kerja berat (semasa mengandung dan selepas bersalin) terutamanya rutin harian sebagai seorang isteri yang sentiasa ingin sibuk menguruskan rumahtangga. Beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.

5. Amalkan postur yang betul samada semasa duduk atau sambil berdiri. Langkah terbaik mengangkat sesuatu barang ialah dengan membengkokkan lutut dan mencangkung ke bawah supaya ia dapat menyokong proses tersebut menggunakan kekuatan otot kaki.

6. Dalam kes dan situasi penyusuan, kebanyakan ibu-ibu cenderung untuk membongkok semasa menyusukan. Rapatkan bayi lebih dekat dengan dada dan duduk dengan tegak semasa menyusu. Lekapan yang tepat pada areola juga sangat penting untuk menjaga postur.

7. Pilih dan pakailah kasut yang selesa. Katakan TIDAK pada kasut tumit tinggi buat sementara waktu. Jadikan flat shoes sebagai teman baik sekurang-kurangnya beberapa bulan selepas kelahiran.

8.  Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi sehingga anda pulih sepenuhnya. Ia sangat penting terutamanya bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Samada kehamilan dan kelahiran yang dilalui mudah atau sukar, badan kita memerlukan suatu tempoh masa untuk kembali sembuh.

9. Tidur dalam kedudukan yang selesa. Seboleh-bolehnya gunakan tilam yang tebal sebagai alas atau lapik tempat tidur dan bantal untuk sokongan tambahan.

10. Kehilangan kilogram tambahan melalui diet pemakanan sihat dan senaman akan membantu mengelakkan masalah ini, kerana penurunan berat badan dapat mengurangkan tekanan ke kawasan otot yang terlibat.

11. Pastikan tubuh mendapat sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang cukup supaya simptom kekurangan kalsium dapat dikurangkan sekaligus mengelak sakit belakang yang lebih kronik.

Ada beberapa kelompok kaum ibu yang termasuk dalam golongan seperti saya yang lansung tidak minum susu. Jadi, mahu atau tidak makanan tambahan berupa kalsium harus diambil untuk mengisi lompong-lompong nutrisi yang wujud.

Nak pilih suplemen kalsium mestilah kena cari jenama yang tepat dan lengkap dengan elemen-eleman penyerapan yang baik seperti vitamin D dan magnesium untuk sistem penghadaman yang lebih lancar.

Jangan taktau, ramai ibu-ibu yang mengakui telah merasai sendiri betapa azabnya berpantang dengan masalah sembelit yang sangat teruk!

Jom tengok apa perkongsian ibu muda ini tentang pengalaman berpantangnya yang mengerikan akibat tidak cukup nutrisi :

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Dan Sorang lagi ibu yang selalu sakit-sakit belakang dan lenguh-lenguh badan yang berkongsi apa yang dia rasa

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.

Sakit belakang selepas bersalin, juga dikenali sebagai postpartum back pain ini biasanya disebabkan oleh banyak perubahan fizikal yang berlaku pada badan ibu sejak mula-mula mengandung sehinggalah sampainya detik kelahiran.

Kalau ibu tu baru 1st time beranak, sakit belakang tu mungkin tak seteruk ibu yang dah berkali-kali mengandung dan bersalin. Faktor umur pun turut memainkan peranan. Lagi tua, lagi kuat impak. So jangan jimat-jimat umur nak tambah anak banyak-banyak, nanti sakit.

Kelahiran ni memang adalah suatu proses yang ajaib, juga boleh jadi peristiwa traumatik kepada badan ibu kerana memanglah bukan senang nak tolak keluar “sesuatu” sebesar seorang baby yang dah jadi sebahagian daripada organ kita selama beberapa ketika.

Berilah masa dan perhatian yang lebih sikit kat badan kita yang dah keletihan melalui pelbagai proses “menyakitkan” sejak mengandung sehingga bersalin ni. Tubuh kita orang perempuan ni nak pakai lama tau. Biarlah nikahnya cuma sekali je seumur hidup, tapi kepuasan tu berkali-kali sebab dapat jadi isteri dan ibu terbaik kannn… :)

Nak cuba vitamin semulajadi?

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Hubungi saya Nusaybah Anuwar : 019-3832656

2,028 total views, 10 views today

2 Thoughts on “11 TIPS MENGATASI SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN SUPAYA TAK SERIK NAK MENGANDUNG LAGI DAN LAGI

  1. Pingback: FAKTA TENTANG EPIDURAL SEMASA BERSALIN | Life is a Story

  2. URUT TRADISIONAL on 01/05/2017 at 6:38 AM said:

    PERKHIDMATAN URUT TRADISIONAL
    untuk wanita dan ibu bersalin.
    area sekitar sentul dan seluruh kawasan kuala lumpur.
    hubungi 013-2096836.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation