11 PETUA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Menjadi seorang ibu buat pertama kali adalah momen yang sangat indah dan seringkali menjadi ingatan yang sukar dilupakan. Ia semestinya akan menjadi lebih bermakna jika kita dapat pula menyusukan bayi dengan susu badan sendiri. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi adalah saat-saat manis yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Namun, harus diakui bahawa perjalanan penyusuan adalah sesuatu yang sangat mencabar buat ibu, lebih-lebih lagi jika ia merupakan pengalaman pertama atau pertama kali bergelar ibu.

Pada hari kedua dan kelima selepas bersalin, payudara akan menjadi lebih besar, lebih berat, lebih mantap dan lebih sensitif kerana ia mula menghasilkan kuantiti susu yang lebih banyak. Pemendatan ini adalah disebabkan oleh darah dan limfa cecair tambahan di dalam tisu payudara. Ia biasanya kekal begitu dalam tempoh dua hingga tiga minggu pertama selepas bersalin dan ia kemudiannya akan terasa lebih lembut, walaupun bekalan susu sedang mula banyak.

Salah satu cabaran penyusuan yang sering melanda ibu-ibu ialah bengkak susu. Bengkak susu terjadi apabila penghasilan susu terjadi dengan lebih cepat sebelum ia dapat dikeluarkan daripada payudara. Apabila ini berlaku, tisu di sekeliling salur susu boleh menjadi bengkak dan radang dan menekan saluran dan tisu yang menyebabkannya tersumbat.

Jika diperhatikan, masalah ini sering berlaku apabila baby kurang menyusu di tengah-tengah malam, sebaliknya hormon prolaktin sangat aktif dan banyak dihasilkan pada waktu tengah malam sehingga menjelang subuh hari.

Pada kebiasaanya, apabila sudah terjadi bengkak susu, kaedah mengepam menggunakan alat sudah tidak lagi dapat membantu menyelesaikan masalah. Pada ketika itu, saluran duktus susu telah tersumbat sehingga menyebabkan susu yang dipam tidak dapat dikeluarkan. Selain urutan, hisapan bayi merupakan cara yang paling berkesan untuk meringankan kesakitan yang sedang dihadapi.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah bengkak susu ini :

bra menyusu sangat penting untuk memudahkan penyusuan susu ibu selain mengelak berlakunya penyumbatan liang dan duktus susu akibat penggunaan bra yang tidak sesuai

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Pakailah bra menyusu yang akan memberi sokongan sepanjang masa yang juga membantu ibu agar lebih selesa ketika menyusukan

2. Susukan bayi dengan sekerap yang mungkin iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkannya dari tidur yang lena

3. Pastikan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan bagi memastikan breast benar-benar kosong sepenuhnya.

anatomi payudara dan kedudukan areola yang betul tetapi sering tidak difahami

 

 

 

 

 

 

4. Jika areola sangat keras, atasi kesukaran tersebut dengan perahan dan urutan di kawasan areola supaya ia lembut terlebih dahulu dan membantu bayi melekap dengan baik pada payudara ibu.

5. Letakkan tuala panas di atas dada atau mandi dengan air suam sebelum memerah untuk memudahkan pengeluaran susu

Brustschmerzen

 

 

 

 

 

6. Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara secara perlahan-lahan bagi membantu pengaliran susu dan mengurangkan ketegangan

7. Sesekali, gunakan pam tangan atau kaedah marmet untuk mengeluarkan lebihan susu tersebut supaya tidak lagi terdapat ketulan yang menyakitkan

8. Gunakan sikat (menghala ke puting) pada payudara yang sedang membengkak secara berulang-ulang kali bagi melancarkan pengaliran susu

daun kobis dikatakan boleh membantu melegakan kesakitan dengan melekapkan kelopaknya pada payuadara yang sedang mengalami kesakitan akibat bengkak susu

 

 

 

 

 

9. Tekapkan daun kubis segar pada payudara agar dapat menyejukkan dan melegakan kesakitan tetapi jangan dibuat selalu kerana dikhuatiri akan menyebabkan susu kering

10. Ambil cuka makan yang dicampurkan bersama sedikit air dan sapu pada sekeliling payudara dengan menggunakan kapas. Elakkan daripada terkena puting

11. Sapukan minyak zaitun di permukaan daun sireh dan layurkan di atas api yang perlahan. Setelah suam, tekapkan pada payudara bagi mengurangkan sakit bengkak

Pembengkakan boleh mengganggu penyusuan kerana bayi akan lebih sukar hendak menyusu dengan berkesan. Areola yang keras akan memberi cabaran yang kuat kerana bayi akan lebih sukar untuk melekap. Ia juga boleh membawa kepada kesakitan pada puting seterusnya menjejaskan penghasilan susu. Pembengkakan juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

Oleh sebab itu, jika payudara anda berasa keras, bengkak, kemerahan, berdenyut-denyut, berketul-ketul, terlalu kenyang, atau menyakitkan, anda mungkin membesar. Bengkak ini boleh melarat sehingga ke ketiak serta boleh mengakibatkan demam, menandakan bahawa saluran tersumbat itu sudah mengalami jangkitan.

Tips-tips ini telah meringankan kesakitan yang saya alami ketika menghadapi masalah bengkak susu, selain pemakanan yang juga sangat membantu melancarkan pengaliran susu yang tersekat.

Betul. Saya sendiri pernah mengalami sakit pada payudara akibat bengkak susu yang sangat menyakitkan sehingga terjadi demam yang menggigil. Masa tu breast terasa sangat sensitif, tegang dan menyakitkan. Sampai menangis-nangis, sehinggalah saya mengenali pengemulsi lemak semulajadi yang sangat banyak membantu perjalanan penyusuan saya.

Kalau dikenang-kenang kembali, memang kelam kabut saya masa tu. Menangis sebab takut jadi barah susu, takut kena operate buang lemak-lemak susu yang dah block. Masa tu duk fikir, kalau kena bedah tang tu, habislah saya..tak dapat menyusukan anak.

Pengalaman pertama yang banyak mengajar saya tentang ilmu penyusuan sehingga saya menjadi lebih yakin menyusukan si adik pada hari ini. :)

Rajin-rajinkanlah diri untuk membaca, bertanya dan gali lah ilmu-ilmu penyusuan supaya cabaran-cabaran sebegini tidak mengganggu semangat menyusukan anak kesayangan yang telah kita kandung dan lahirkan.

Jangan bimbang, sebaliknya sentiasalah ingatlah bahawa, payudara yang membengkak adalah suatu petanda positif yang memberi petunjuk bahawa susu yang banyak sedang dihasilkan untuk bayi anda!

 

1,348 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation