11 PETANDA AWAL KEHAMILAN AGAR TIDAK TERJADI KEGUGURAN TANPA SEDAR

Menjadi seorang ibu buat pertama kali adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh wanita yang baru bertukar status menjadi isteri kepunyaan orang.

Tapi, masih ramai yang tak tau apa tanda-tanda biasa yang memberi signal bahawa kehamilan sudah terjadi..terutama sekali adik-adik yang muda-muda lagi dah dipinang orang dan bakal bergelar ibu.

Ada sebahagiannya sama sekali lansung tak sedar dirinya sudahpun mengandung sehingga berlaku keguguran yang sama sekali tidak dijangka akibat daripada tidak menitikberatkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

pregnancy test kit

 

 

 

Jom semak apakah tanda-tanda awal yg penting untuk bakal ibu ambil tahu :

1. Lewat datang haid
Petanda bahawa terhentinya proses ovulasi dan telah berlakunya persenyawaan. Gejala paling common, senang dan jelas terutamanya jika cycle period selama ini tetap dan stabil. Inilah sebab kenapa penting tarikh-tarikh ini dicatat setiap bulan!

2. Kerap buang air kecil
Si kecil yg sedang tumbuh dan membesar dalam rahim akan menekan pundi kencing menyebabkan urine lebih cepat penuh. Akibatnya, bakal ibu akan sering rasa nak kencing, walaupun tidak banyak minum air.

mual dan loya adalah suatu petanda yang paling ketara menunjukkan bahawa seseorang itu hamil

 

 

 

 

 

 

 

3. Loya dan mual
Salah satu gejala yang sangat terkenal. Berlaku kerana pertambahan hormon HCG yang menyebabkan rasa sebu dan pedih di perut dan ulu hati. Kebiasaannya, simptom akan beransur hilang selepas memasuki trimester kedua kehamilan.

4. Perubahan fizikal tubuh
Harus diingat, apabila kehamilan sudah terjadi, kwsn tubuh yg terlibat bkn sahaja perut, malah payudara, paha dan punggung juga akan mula “membengkak”.

5. Mudah penat & mengantuk
Ia terjadi kerana tubuh ibu sedang cuba menyesuaikan diri dgn kehadiran “org baru” yg menumpang di dlm tubuhnya. Peningkatan hormon progestron juga sgt berkait rapat dgn sindrom ini. So..faham-faham lah kalau si isteri yg dulunya rajin tiba-tiba asik nak tidur je sepanjang hari ye!

sering keletihan dan mudah penat merupakan satu petanda bahawa kehamilan sudah terjadi

 

 

 

 

 

6. Gejala PMS
Buat mereka yg setiap bulan mengalami Premenstrual Sindrom, tapi haid masih belum juga muncul hati-hati ya. Rasa kembung perut, sakit pinggang, nyilu pada breast, nafsu makan yg membuak-buak mungkin juga petanda bahawa anda sedang membawa janin di dlm kandungan.

7. Mood berubah
Perubahan hormon yg drastik menyebabkan bakal ibu mengalami mood swing. Sekejap rasa sgt sensitif sampai nak menangis, ada masa rasa sangat bahagia sampai tersenyum sorang-sorang.

8. Sensitif pada bau
Tak tahan dgn segala macam bau, terutamanya aroma makanan yg sedang dimasak sehingga mengundang kpd rasa mual dan muntah. Buat bakal ayah, bersabarlah kerana ada juga yg tak tahan dgn bau badan suami tau!

9. Nyilu pada payudara
Di fasa awal kehamilan, payudara akan terasa nyilu dan berubah bentuk bagi mempersiapkan dirinya sbg kilang susu. Jika diperhatikan juga, warna areola akan menjadi lebih gelap drpd biasa.

10. Munculnya tompok darah
Tompok atau spotting ini akan muncul 8-10 hari selepas ovulasi berlaku. Ia turut dikenali sbg “implantation bleeding” di man apabila penempelan embrio berlaku pada dinding rahim. Ia juga seringkali disalah ertikan sebagai darah haid.

11. Krem perut
Spotting atau tompokan darah akan diikuti oleh rasa krem pada perut. Keadaan ini adakalanya berlanjutan sehingga fasa kedua kehamilan, setelah rahim berada di posisi yg betul dan disokong oleh punggung ibu.

Jika anda rasa mempunyai tanda-tanda di atas, lakukanlah ujian air kencing di rumah menggunakan alat khas penguji kehamilan.

Jika hasilnya positif, buatlah pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital utk jawapan yg lebih tepat bagi mengesahkan kehamilan anda.

Tahniah dan selamat menikmati momen-momen indah sebagai ibu hamil yg sihat dan cantik!

 

6,689 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation