11 MASALAH KEHAMILAN YANG PATUT IBU AMBIL TAHU

Sebaik saja mengetahui dirinya mengandung, Suhaila menjadi seorang yang pendiam. Kali ini, dia tidak mahu terlalu berharap kerana sebelum ini dia sudah dua kali keguguran. Namun, apa yang dilakukannya kali ini, dia mempersiapkan mentalnya dengan mencari ilmu-ilmu berkaitan kehamilan, membeli buku-buku dan majalah serta mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Amalan dan tabiat baik ini dipraktikkannya sehinggalah Suhaila selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat beberapa bulan kemudian. Penantian selama bertahun-tahun terbayar sudah. Ternyata persediaan awal boleh memberikan impak yang sangat besar di mana Suhaila tidak lagi diuji dengan komplikasi kehamilan yang berat seperti yang dialaminya pada dua kehamilan terdahulu. Dia kini meneruskan fasa berpantang dengan sangat gembira.

Mengandung adalah sesuatu yang indah dan sepatutnya dinikmati dengan seronok terutamanya bagi ibu itu sendiri. Pengalaman seperti Suhaila mungkin pernah dialami oleh sahabat, keluarga, bahkan diri kita sendiri.

Terdapat banyak kes di mana ibu-ibu hamil berhadapan dengan masalah semasa di awal kehamilan, sepanjang kehamilan, malah ada juga yang masih juga berlanjutan sehingga selepas bersalin dan berakhirnya tempoh berpantang.

Jom semak dan ambil tahu tentang risiko-risiko ini agar komplikasi dapat dicegah dan dikurangkan semasa kehamilan :

1. Hyperemersis Gravidarum 

mual dan muntah yang berlebihan semasa mengandung boleh menyebabkan dehidrasi

 

 

 

 

 

Berbeza dengan simptom morning sickness yang biasa berlaku pada kebanyakan ibu kerana ia simptom rasa loya yang teruk, muntah sepanjang hari yang boleh mengakibatkan dehidrasi dan kehilangan berat badan.

Boleh dirawat melalui perubahan pada diet seperti makan dalam jumlah yang kecil, rehat secukupnya termasuk pengambilan air masak dan vitamin B12. Dalam kes yang lebih serius, ia memerlukan ibu ditahan di hospital supaya boleh menerima makanan dan cecair melalui intravena.

2. Kurang zat besi (anemia)

75-95 % daripada ibu hamil berhadapan dengan masalah kekurangan zat besi (anemia). Wanita mengandung disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian mereka samada melalui makanan yang kaya dengan zat besi atau suplemen tambahan yang disertai dengan vitamin C yang boleh meningkatkan kesihatan salur darah serta membantu mencukupkan keperluan nutrisi ibu hamil.

3. Pedih Ulu Hati (heartburn)

Makanlah secara teratur dengan jumlah yang kecil. Jauhi atau kurangkan makan makanan yang pedas dan berlemak atau berminyak. Jangan berbaring selepas makan. Dapatkan nasihat doktor berkenaan ubat yang selamat untuk masalah pedih ulu hati atau gunakan kaedah tradisi seperti halia dan pudina yang sangat mujarab mengeluarkan angin berlebihan yang menyebabkan ketidakselesaan.

4. Sembelit (constipation)

Biasanya terjadi semasa kehamilan trimester ketiga, apabila perut semakin membesar, menekan rahim, seterusnya mempengaruhi sistem kerja usus kecil dan usus besar yang menyebabkan gerakan organ pencernaan menjadi lebih lambat.

Perbanyakkan minum air. Makan makanan yang banyak mengandungi serat, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin. Jangan mengambil sebarang ubat untuk membantu pencernaan dan penghadaman tanpa nasihat doktor terlebih dahulu.

5. Buasir (hemorrhoid)

Sakit yang dirasakan sekitar dubur, terutamanya semasa meneran untuk mengeluarkan najis. Biasanya berpunca daripada najis yang keras yang menyebabkan kesukaran membuang air besar. Untuk meredakannya, jangan meneran terlalu kuat semasa di tandas. Bilaslah dengan sabun dan pastikan kawasan sekitar dubur sentiasa bersih. Hindari sembelit dengan makan makanan yang tinggi fiber dan minum banyak air.

6. Keputihan

Keputihan pada wanita hamil adalah sesuatu yang normal, tetapi jika lelehan yang keluar terlalu banyak, berwarna pekat serta berasa gatal ibu hamil perlu merujuk kepada doktor kerana ia mungkin petanda sudah terdapat jangkitan. Pastikannya bahagian sulit ibu sentiasa kering selepas ke tandas kerana persekitaran lembap sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Pakailah seluar dalam dengan material kain kapas yang longgar dan gunakan sapuan yogurt asli di sekeliling faraj.

7. Placenta Previa

plasenta previa semasa mengandung boleh menyebabkan pendarahan yang serius semasa kelahiran

 

 

 

 

 

 

Berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan plasenta bayi meliputi pembukaan di serviks ibu (bahagian bawah rahim yang bersambung dengan bahagian atas faraj). Ia tidak menyakitkan tetapi boleh menjadi punca utama yang menyebabkan pendarahan yang serius sebelum atau semasa kelahiran. Ibu akan disyorkan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti-aktiviti fizikal termasuk kerja-kerja rumah. Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk ibu melahirkan secara pembedahan (ceaserian).

8. Darah tinggi (pre-eklamsia)

Dikenalpasti apabila hasil tekanan darah lebih dari 140/90 mmHg, bengkak pada kaki yang serius serta wujudnya protein dalam iar kencing (Proteinuria). Penyumbang kepada penyebab kematian kedua (selepas pendarahan) semasa melahirkan. Gejalanya tekanan darah naik, pembengkakak pada wajah, kaki, tangan serta gangguan pada saluran buah pinggang yang ditunjukkan apabila berlaku kebocoran protein di urin.

Ibu hamil disarankan untuk menjaga berat badan agar tidak naik mendadak selama hamil dengan pola makan yang teratur dan seimbang. Komplikasi pre-eklamsia ketika hamil boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika tidak diatasi.

9. Bengkak kaki (edema)

Bermaksud penimbunan cecair yang menyebabkan kaki bengkak kerana harus menampung tubuh ibu hamil yang semakin berat sejak usia kehamilan 7 bulan dan ke atas. Ia boleh membuatkan ibu berasa tidak selesa.

Ibu disarankan untuk memakai flat shoes dan jangan duduk atau berdiri terlalu lama. Kerap lakukan pergerakan, berbaringlah dengan posisi mengiring ke kiri. Rehatkan kaki dengan mengangkatnya ke atas supaya darah akan mengalir lebih lancar dari kaki ke jantung anda. Jangan mengambil pil diuretik sembaranan, sebaiknya rujuklah pada doktor terlebih dahulu untuk konsultasi dan cadangan yang lebih selamat.

Bengkak kaki atau edema di adalah salah satu petanda pre-eklamsia dengan risiko kelahiran pramatang.

10. Gestational Diabetis Mellitus (GDM)

minum air gula semasa mengandung adalah satu cara mengesan kehadiran gula berlebihan pada bakal ibu

 

 

 

 

 

Ibu hamil di usia 35 tahun ke atas, berat badan berlebihan semasa hamil atau memiliki sejarah diabetes dalam keluarga berisiko mengalami gestational diabetis. Ia adalah keadaan sementara pada ibu di mana tubuh gagal menghasilkan insulin yang cukup untuk zat gula dalam tubuh sepanjang kehamilan. Keadaan ini disebut juga intoleransi glukosa atau intoleransi karbohidrat.

Untuk mencegah diabetes ketika hamil, sebaiknya ibu mengamalkan diet yang seimbang, lakukan pemeriksaan lebih awal dan lebih kerap agar komplikasi dapat dikurangkan sejak di peringkat awal. GDM semasa hamil juga boleh dicegah sekiranya ibu berwaspada dengan faktor-faktor risiko.

11. Perut berakar (Stretch mark)

Timbulnya tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit, berbentuk garis berliku seolah-olah anak sungai boleh membuatkan ibu berasa risau. Sebahagiannya terjadi kerana kenaikan berat badan yang terlalu banyak serta juga faktor genetik. Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein untuk pembentukan sel-sel baru dan mengekalkan keanjalan kulit kerana kulit. Elakkan daripada menggaru kulit di sekitar bahagian perut, pinggul dan paha yang terdapat stretch mark kerana ia akan menjadi semakin teruk dan mungkin akan meninggalkan kesan tanda yang kekal buruk pada permukaan kulit yang terlibat.

Keadaan kesihatan ibu, gaya hidup dan pemakanan seimbang semasa hamil menjadi faktor penting bagaimana bakal ibu boleh menikmati momen-momen indah kehamilan, seterusnya mengelakkan komplikasi yang membayakan nyawa ibu dan bayi.

Ilmu-ilmu berkenaan simptom, gejala, cara mencegah dan petua tradisi boleh menjadi panduan berguna agar ibu lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tidak dapat dijangka.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk bakal ibu!

740 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation