10 STAGE PENYAKIT KENCING MANIS YANG MENYEDIHKAN. FAKTA BUKAN AUTA

Kencing manis Type 2 – disebabkan oleh rintangan insulin. Kebergantungan terhadap insulin yang sudah tidak lagi boleh bergantung.

Peringkat Pertama – Darah pesakit kencing manis yang pekat dan gelap

Kandungan gula dan toksik pesakit yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap, pekat dan melekit serta menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat kedua – Pesakit kencing manis kerap rasa panas dan dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah lalu menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu dan lemah inilah yang akan menghantar signal dahaga kepada otak untuk sentiasa meminta bekalan air.

Peringkat ketiga – Pesakit kencing manis kerap rasa letih dan mudah mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak lagi berupaya mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, pesakit akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur juga akan turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih juga kerap rasa letih dan mudah mengantuk, terutamanya pada waktu petang.

Peringkat keempat – Pesakit kencing manis mengalami lemah tenaga batin atau mati pucuk

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

Peringkat kelima – Tompok atau bintik mula muncul pada kulit pesakit kencing manis. Rasa gatal atau kebas-kebas.

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok pada permukaan kulit pesakit.

Peringkat keenam – Bahagian kulit pesakit kencing manis biasanya pada kaki mulai mati dan menjadi hitam kegelapan

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

Peringkat ketujuh – Gangrene bernanah mula muncul di hujung jari kaki pesakit kencing manis

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang ‘perfect’ untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat

Peringkat kelapan – Jakitan gangrene semakin merebak pada anggota tubuh pesakit kencing manis yang terlibat. Bakteria sudah makan daging sehinggakan tulang kelihatan terdedah.

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula potong di bahagian tapak kaki dulu. Jari. Kalau jangkitan masih juga merebak naik, potong betis, kemudian paha.

Peringkat kesembilan – Penglihatan pesakit kencing manis menjadi semakin kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!

Peringkat kesepuluh – Masalah buah pinggang, pertumbuhan batu karang, tekanan darah tinggi, dan lain-lain penyakit sekunder akan mula singgah pada pesakit kencing manis

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban tugas yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berpunca daripada ubat-ubat yang diambil itu.

Peringkat Terakhir?

Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir… Sungguh menyedihkan !

Jika perkembangan kencing Manis ini boleh dijangka seperti ini, maksudnya memang terdapat cara mencegah, mengelak kompilkasi yang bakal memudaratkan serta akar umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan.

Bermaksud, kencing Manis type 2 boleh disembuhkan.

Semakin awal ia dikenalpasti, semakin cepat tindakan diambil, semakin cerah peluang oenyembuhan dan semakin rendah risiko.

Jangan ditangguhkan sampai ke peringkat yang terakhir. Ketika itu, segalanya memang sudah terlambat. Setiap detik bergerak pantas, jadi buatlah perubahan segera.

143 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation