10 SIGNAL DAH SAMPAI MASA BABY NAK KELUAR AGAR IBU LEBIH TENANG DAN BERSEDIA

Dup dap dup dap.. berdebarnya rasa hati bila tengok kalendar. Hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba.

Perut dah rasa makin berat, kaki nak langkah dah tak larat, tapi rasa takut tu tetap ada kan. Lagi-lagi kalau baru 1st time nak jadi mama, entah macam manalah rasanya sakit nak bersalin.

Selain peralatan baby, persediaan ilmu-ilmu tentang kelahiran sangat penting untuk memastikan ibu lebih bersedia, seterusnya dapat melahirkan dengan tenang dan selamat.

Senarai ringkas ini mungkin yang ibu perlukan sebelum berjuang di medan perang :

PRE LABOR : 1 hingga 4 minggu sebelum kelahiran

petanda baby sudah sedia untuk keluar

Tahniah! Anda telah masuk mingg ke-36 kehamilan. Juga dikenali sebagai “full term pregnancy”. Atau dengan kata lain dah cukup bulan dan “sedang menunggu hari nak bersalin”.

Baby mula “menurun”

Beberapa minggu sebelum kelahiran, bayi akan mula menurun atau “engaged”. Ibu akan terasa perut sudah mula “jatuh” ke bawah. Ini menunjukkan kepala bayi sudah mula masuk ke tulang pelviks. Ia biasanya berlaku pada ibu yang baru pertama kali mengandung dengan kelahiran pertama juga. Ibu akan lebih kerap terasa ingin ke tandas kerana kepala bayi akan menolak ke atas menekan pundi kencing. Kedudukan bayi yang semakin jauh daripada paru-paru ibu akan membantu agar lebih mudah bernafas kerana ruang pernafasan akan menjadi lebih luas.

Bukaan pada serviks – dilation

Serviks sudah mula terbuka sebagai persediaan kelahiran. Doktor akan mengukur dari skala 0-10 menandakan ibu sudah bersedia untuk melahirkan. Pada peringkat permulaan, bukaan Cuma perlahan dan apabila menghampiri “active labor” bukaan akan menjadi semakin cepat. Serviks akan mula terbuka, bukaan akan membesar dan menipis (dilate-open-efface-thin-out).

Kerap kejang dan sakit belakang

Rasa cramp (kejang) di pangkal peha dan belakang pinggang adalah sebagai petanda sedang berlaku pengecutan dan pengembangan rahim. Semakin hampir dengan tarikh due date, ia akan semakin kerap berlaku.

Otot dan sendi terasa lebih “longgar”

Sepanjang kehamilan, otot dan sendi akan mula meregang sebagai persediaan menghadapi kelahiran. Ligamen akan mula melembut dan longgar (soften and loosen) secara santai. Ia adalah cara semulajadi untuk membuka laluan pelviks bagi memberi laluan kepada bayi yang bakal lahir.

Cirit-birit

Semakin dekat dengan tarikh kelahiran, pergerakan usus ibu juga akan menjadi lebih kerap. Usus akan mula terasa kosong untuk memberi laluan kepada bayi yang akan lahir.

Kehilangan berat badan atau berat tidak berganjak

Di hujung kehamilan, berat badan ibu akan cenderung untuk berhenti di suatu tahap tertentu. Ada juga di antara ibu yang mengalami kehilangan berat badan, namun ia adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan menjejaskan berat bayi di dalam kandungan. Ianya berlaku disebabkan oleh pengurangan cecair amnion (air ketuban) dan kekerapan ibu ke tandas bagi membuang air kecil.

Keletihan melampau

Perubahan pada saiz tubuh termasuk perut yang semakin membesar akan membuat ibu mudah berasa penat. Selain membawa bayi di dalam kandungan yang menjadi bebanan tambahan, ibu juga akan mudah berasa letih dan keletihan itu bagaikan tidak mampu lagi ditahan-tahan. Rasa macam nak push baby keluar waktu tu juga kan.

EARLY LABOR : Beberapa jam sebelum kelahiran

active labor

Perubahan pada warna mukus

Warna mucus yang bercampur darah menandakan detik kelahiran semakin hampir.

Gesaan semakin kerap dan konsisten

Kontraksi bermaksud gesaan yang dirasai oleh ibu menandakan pengecutan dan pengembangan rahim sedang berlaku dengan aktif. Sekalipun jika sebelum ini sudah ibu sudah beberapa kali merasai false labor, ia boleh dibezakan jika :

  • semakin aktif bergerak, rasa semakin sakit
  • rasa sakit tetap tidak berkurang sekalipun telah bertukar posisi
  • kontraksi bermula dari belakang dan bergerak ke bahagian bawah abdomen
  • progress bukaan serviks dan kesakitan yang semakin kuat
  • terasa seperti hendak membuang air besar

Air ketuban pecah (water breaks)

Terjadi kepada sekitar 15 % ibu. Tak kisahlah masa tu tengah mandi ke, atau sedang berdating dengan encik abang di restoran. Air ketuban yang mengalir keluar adalah salah satu petanda paling hampir bahawa kelahiran sudah semakin dekat.

Ibu harus segera ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut :

  1. terdapat lelehan atau pendarahan berwarna merah terang (bukan kecoklatan)
  2. air ketuban pecah (air ketuban sepatutnya berwarna jernih dan tidak berbau)
  3. jika ketuban yang keluar berwarna kehijauan atau coklat, ia adalah petanda kehadiran meconium iaitu najis pertama bayi (bayi sudah berak!)
  4. ibu mengalami perubahan seperti kaki membengkak, ibu mula berasa pening kepala, ingin pitam kerana ia signal pre-eclamsia – hipertensi semasa mengandung

Macam kes saya sendiri, anak pertama tak ada turun tanda sampai hari due. Genap minggu ke 40 bersamaan dengan 9 bulan 10 hari mengandung. Kena serah diri ke hospital, doktor seluk dah ada bukaan 1 cm. Memang lepas tu keluar darah dan start rasa sakit. Immediately after barulah mula rasa contraction yang setiap 10-15 minit. Masa tu saya macam tak berapa percaya akan bersalin dalam masa 24 jam sebab doktor kata paling awal esok atau lusa akan bersalin.

Keluar dari bilik doktor sekitar 10 pagi, bersalin jam 10.57 malam hari yang sama jugak. Terkejut mak. Tu yang tak sempat nak tunggu Hari Merdeka tu. muahahaha…

Yang anak kedua pulak, datang rasa sakit perut yang kerap. Asyik nak buang air besar je. So masa tu memang tak sangka signal nak bersalin sebab bila masuk toilet memang ada “hasil” pun. hehehe.. Sehinggalah rasa sakit tu buat saya suspen sebab dah tak larat keluar-masuk bilik kecik, tapi sakit perut tu tetaplah begitu.

Pergi hospital, dah 4 cm dilated. Lepak sekejap, baring-baring. Midwife kasi ubat berak, langsaikan bahagian yang belum habis, clearkan usus. Sambung baring lagi, dalam 3 jam lepas tu dah fully dilated. Bab air ketuban, memang dua-dua orang anak, doktor yang pecahkan masa active labor tu. Rasa suam-suam je. hehehe.

Check in ke labor room pukul 2 pagi, selamat bersalin jam 5.10 pagi. Nurse kata sempat doktor Khamsiah datang 8-9 pagi esok, tapiiii.. tetaplah tak sempat juga nak tunggu feberet gynae masuk kerja sebab baby Ain dah tazabar nak keluar jengah dunia. Kali ni yang sambut kelahiran adik Dr.Wan Masliza. Alhamdulillah.. Terima kasih doktor. :)

Overall boleh kata kelahiran kedua rasa mudah sikit berbanding yang pertama. Salah satunya sebab pengalaman dan bak kata orang, laluan dah pernah ada. Tambah pulak dengan tips dan cara meneran yang dah faham sikit-sikit daripada kelahiran terdahulu. Yes, memang sangat membantu walopun masa mula-mula tu main hentam keromo jek. hahaha. Sakit weh nak push keluar budak 3.45 kg!

But this time, diri sendiri pun lebih tenang. Masa tengah menahan sakit, banyakkan berzikir, ingat Allah, baca surah nabi yunus. Tarik nafas dalam-dalam untuk kumpul kekuatan nak meneran dan bila datang gesaaan rasa sakit tu terus push. InshaAllah mudah baby nak keluar.

Saya dah abadikan pengalaman manis dan mendebarkan itu dalam entri Bersalin anak pertama di Hospital Pakar An-Nur

Betul. Bersalin ni pun rezeki juga. Bersalin normal atau ceaser semua sakit dan ada risikonya. Sakit macamana pun, itulah ibu. Sanggup segalanya demi anak. Sebab tu lah jangan derhaka pada ibu. Dah jadi ibu esok, taulah macam mana.

Saya cakap, sebab saya dah rasa. Lepas bersalin je, terus rasa nak peluk mama. Nak mintak ampun maaf. Nak return balik masa, takmau lawan cakap or buat muka dah bila kena bebel.. huhuhu…

19,488 total views, 18 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation