1 PER TIGA KES KANSER BOLEH DIELAK DENGAN TIGA FORMULA UTAMA YANG MUDAH DAN BERKESAN

Buat kesekian kalinya, menerima lagi berita tentang seorang staff yang telah dijemput kembali oleh Allah akibat kanser. Masih muda. Memang kanser tak kenal usia dan dah bukan lagi jadi penyakit yang jarang dengar.

Allah.. Allah.. baru je tengok gambar dia menerima kunjungan kawan-kawan yang datang ziarah di Insitut Kanser Negara, Putrajaya.

Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan, pencegahan dan rawatan kanser dikendalikan oleh oncologist, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant – (sejenis tumor yang berisiko mempunyai sel kanser).

Rawatan kanser perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dapat dikesan. Lewat mendapatkan rawatan samada secara moden atau alternatif akan mengurangkan peluang untuk sembuh.

Bagi kebanyakan kes kanser yang telah berada di tahap kronik, masih belum ada rawatan yang berkesan di mana kebanyakannya berakhir dengan kematian.

Kanser atau barah adalah penyakit gen yang berpunca daripada sel-sel tidak normal yang membentuk sekelompok tumor yang tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain.

Menurut statistik,

3 jenis kanser yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah :

  • barah usus besar (17.6 %),
  • barah paru-paru (15.6 %) dan
  • barah prostat (11.8 %).

Bagi kaum wanita pula, 3 jenis kanser yang mencatat kes paling tinggi ialah :

  • barah payudara (29.3 %),
  • barah usus besar (13.9 %) dan
  • barah paru-paru (7.8 %)

1 PER TIGA KES KANSER BOLEH DIELAK DENGAN TIGA FORMULA UTAMA YANG MUDAH DAN BERKESAN

Ia diulas dan dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara.

1. Menjaga pengambilan makanan

  • Amalkan memakan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Kurangkan pengambilan daging merah seperti daging lembu atau kambing kepada 70 gram sehari.
  • Hadkan pengambilan makanan dalam tin, makan BBQ, sate, serta makanan yang yang diawet atau diproses seperti kicap dan sos
  • Gantikan makanan yang boleh menjadi penyubur sel kanser seperti gula dan susu
  • Top-up diet yang kurang seimbanga atas apa sebab sekalipun dengan pemgambilan suplemen tambahan supaya keperluan nutrien tubuh dapat dipenuhi

2. Bersenam dan beriadah secara rutin dan berjadual. Kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia lebih awal akibat barah sebanyak 50 %

  • Lakukan senaman ringan setiap hari seperti berjalan kaki dan menaiki tangga ketika di tempat kerja
  • Sertai aktiviti fizikal seperti bersukan, berenang dan mengayuh basikal setiap hujung minggu bagi mengelak berat badan berlebihan yang didapati berkaitan dengan barah usus besar, barah rahim dan barah payudara
  • Ulang setiap aktiviti dan jadikannya rutin tanpa banyak fikir sekalipun tidak ada sebab atau faktor risiko yang boleh menjebakkan diri anda dengan kanser

3. Amalkan gaya hidup sihat dan kawal stress

  • Perokok dinasihati supaya berhenti merokok kerana 80 – 90 peratus barah paru- paru berpunca daripada tabiat merokok
  • Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru
  • Pastikan anda boleh mengawal stress dengan baik kerana kajian menunjukkan bahawa stress yang melampau boleh menyebabkan sel-sel kanser merebak dengan lebih cepat.
  • Jalankan pemeriksaan kesihatan secara rutin setiap tahun dengan melakukan ujian saringan seperti mamogram, pap smear, Faecal Occult Blood Test (FOBT) bagi mengesan barah usus besar dan ujian Prostate Specific Antigen (PSA) untuk mengesan barah prostat mengikut had umur yang telah ditetapkan.

BONUS !!!

Bagaimana kandungan bahan aktif dalam Vivix bantu pesakit kanser

Seperti yang selalu diulang-ulang, sirap botani Vivix mengandungi bahan aktif yang diberi nama resveratrol dan polifenol tumbuhan yang dapat memusnahkan sel-sel kanser.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Harvard University – National Institute of Aging dan National Institute of Environment Health Science,

resveratrol is able to limit the spread of cancer cells dan trigger the process of cancer cell death

Menurut sumber Wikipedia, proses pemusnahan sel-sel tubuh kita ini dipanggil apoptosis. Akan mati apabila tiba masanya dan digantikan semula dengan sel-sel baru yang sihat.

Apabila sel normal rosak atau tua, ia akan melalui proses apoptosis di mana ia akan mati dengan membunuh dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, apa yang terjadi pada sel-sel kanser ialah mereka “kebal”, semakin liar, merebak pantas dan tidak mati-mati.

Sel-sel sakit dan rosak itu memang sepatutnya mati, bukannya membentuk tumor yang bernama kanser.

Inilah yang dilakukan oleh Vivix. Memusnahkan sel-sel kanser yang tidak stabil dan melindungi sel-sel normal daripada dicuri dan dimusnahkan olehnya.

Vivix juga membantu dengan meransang penghasilan mitokondria (tenaga sel) yang berfungsi mengurangkan kesan sampingan rawatan moden seperti kimoterapi.

Benar. Walaupun terdapat kesan sampingan akibat “radikal bebas” yang memang sengaja dicipta, kimoterapi adalah antara kaedah rawatan yang paling sinonim dengan penghidap kanser.

Kenapa kimoterapi?

Tujuan rawatan kemoterapi adalah sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan, mengawal penyakit dan mengurangkan gejala penyakit. Tempoh dan kekerapan rawatan diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan bergantung kepada jenis barah, ubat yang diberikan, tindakbalas sel barah terhadap ubat dan kesan sampingan ubat tersebut.

Ubat kemoterapi mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel barah dalam tubuh badan. Ia disuntik bagi memasukkannya ke dalam salur darah sehingga sampai ke sel barah dalam tubuh badan. Begitu juga dengan ubat kemoterapi dalam bentuk tablet yang dimakan dan diserap melalui dinding perut atau usus.

Ubat kemoterapi ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan boleh memasuki serta memusnahkan sel-sel tertentu. Sel yang dipengaruhi oleh ubat kemoterapi adalah sel-sel yang bertambah dengan kadar segera seperti sel barah. Kadar kemusnahan sel barah adalah berbeza dan bergantung kepada umur pesakit, jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang terlibat dan tahap manakah ia telah merebak.

Selain loya atau keletihan, kebanyakan pesakit akan merasai sebahagian atau semua gejala-gejala seperti di bawah sepanjang tempoh rawatan :

1. Masalah usus

  • Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit. Oleh itu mereka sangat digalakkan untuk meminum banyak air
  • Sembelit boleh dielakkan dengan pengambilan makanan berserat tinggi seperti roti gandum, kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi

2. Masalah mulut

  • Ubat anti-kanser boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan ulser, luka atau jangkitan
  • Menjaga kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit dan mereka digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
  • Pesakit akan dibekalkan dengan ubat kumur bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat memandangkan pada ketika ini sistem imun tubuh sedang lemah
  • Jika mulut terasa kering, banyakkan mengambil cecair seperti sup, makanan lembut seperti tahu atau buah-buahan yang banyak jus

3. Rambut gugur

  • Merupakan kesan sampingan yang bersifat sementara. Tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut.
  • Tahap keguguran rambut pula bergantung kepada pesakit dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi.
  • Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau kerana selain daripada rambut, kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain juga mungkin berlaku.
  • Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata.

Mekanisme tindakan Vivix yang bertindak terus ke tahap sel boleh mengurangkan kesan sampingan yang dihidapi pesakit menyebabkan ramai yang bersetuju bahawa Vivix berkesan dalam membekalkan tenaga dan memperkukuhkan sistem imun mereka.

Vivix – ikhtiar dan sinar harapan baru buat pesakit kanser.

vivix-mengecutkan-sel-kanser

vivix-merencatkan-pertumbuhan-sel-kanser

Hubungi saya untuk konsultasi dan order.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

Nusaybah Anuwar – 019 3832656

481 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation